Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet,
menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala
Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu
bersama temanya, Firdaus. Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan
adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu
berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan
yang berjaya.
Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang
telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut
yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya
mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.
Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat
pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta
calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak
bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta
diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat
pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi.
Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun
terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.
Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba
masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan
wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan,
Azrul dan isteri-isteri mereka..?
Genre: Comedy
General Release Date: 09 SEPT 2010
Distributor: Grand Brilliance / Berjaya Film Production.
Cast: Saiful Apek, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Sazzy Falak, Almy
Nadia, Ayu Raudhah, Rosnah Mat
Aris,
Marsha dan Bienda.
Director:A. Razak Mohaideen
Part
1 -
Part
2 -
Part
3 -
Part
4
Part 1 -
Part 2 -
Part 3 -
Part 4
Sumber : zealotdownload.blogspot.com