Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di
Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin
beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu
doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke
penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia
senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat
tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil
menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang
ayahnya. Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin
pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi Kuala Lumpur
Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam. Aidil kecewa dan
menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka
berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar
dan pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.
Episode 5
Setelah pemergian
Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat.
Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya
merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya
untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur
terdengar perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan
janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan
tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur
tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan ucapkan
selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia
akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman
pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal
pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur, Adam mahu berterus-terang, tapi
Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya
mengharapkan cinta yang tidak tiba.
Episode 6
Di Australia, Katrina anak kacukan tidak
pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas kematian ibunya pada usia
10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam. Dia jatuh
cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan
ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan
mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah
agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan
hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan
berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta
temannya itu merahsiakan perkara sebenar. Kos pendidikannya tidak cukup
untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung
perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri.
Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu
menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.
Episode 7
Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia
masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan
orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut
dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari
Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi
suaminya. Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia
melupakannya dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa
untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan
ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi
Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang terjadi. Aidil kata
dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yang
sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak
pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada
ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus
surat dan ini eratkan persahabatan mereka.
Episode 8
Adam kini seorang arkitek yang berjaya,
tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung,
fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat
dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia
akhirnya tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan
kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan
Aidil cuba menghubungi Adam untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak
bertali ini tapi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara,
Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil
keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah
kehilangan bayinya, bersetuju.
Episode 9
Adam menghantar e-mail pada abangnya yang
dia akan pulang, tapi Adil tidak buka pesanan tersebut hingga beberapa
hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut, Aidil bergegas ke
kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya pada ibu.
Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu
Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya
Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari
yang sama, Nur juga pulang ke kampong ingin berterus-terang pada
bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di
rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam dan bingung
kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang
untuknya menebus kesalahannya dulu.
Episode 10
Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya
untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama
kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang dia memerlukan
Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil
kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya
pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur
mengadu pada Aidil yang dia keliru, tetapi Aidil nasihati untuk megikut
kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka dan rasa cemburu
menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi jawapan Nur
tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk
jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima
Adam. Dia sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan
hidupnya seperti selama ini tanpa Adam. Sementara itu Katrina
tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan
keluarga Adam.
Episode 11
Nur bekerja di sebuah firma arkitek.
Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan mendapat bos baru. Bagai
terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah Adam. Nur ingin
meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali Nur
membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi.
Nur hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk
meneruskan kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini.
Sementara itu hubungannya dengan Katrina semakin renggang. Katrina
mahukan belaian suaminya, tapi Adam semakin menjauhkan diri. Adam mula
mendekatkan diri dengan tikar sembahyang. Katrina bingung. Mana suaminya
yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang mahukan dia bertudung dan
bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan Adam tidak dapat
mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di
sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.
Episode 12
Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat
peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin tahu khabarnya.. Nur
berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam. Dia mengakui
merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah
datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil.
Perasaan cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta
penjelasan. Sangka Nur, Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia
ceritakan segalanya dan pinta Sarah merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah
mendorongnya untuk memusnahkan ikatan persahabatan antara Nur dan Aidil.
Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur dan Aidil berhubungan
sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah tidak pernah
menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan
Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi
batasan sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.
Episode 13
Adam dan Nur semakin rapat. Adam
berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu mereka membina hidup baru
bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang dulu terguris,
yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan
perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam
supaya tidak melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur
semula, buatlah dengan niat yang ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam
mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina merayu padanya supaya tidak
merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah berlaku, dan Adam
cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana dia
mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi
dari KL. Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya
Katrina, haruskah dia berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan
lain? Adam berterus-terang yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina
rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri meninggalkan Adam.
Episode 14
Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai
agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia. Jiwanya tenang dan telah
belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia terdengar
suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan
kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan
baik dan gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Adam menjemput Nur ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik.
Hatinya sudah tertutup untuk Adam. Adam pinta Nur datang untuk ibunya
yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu teringin sangat untuk
berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat majikannya, Ummu
Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada masalah yang
akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur,
sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta
supaya Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar
berubah kali ini.
Episode 15
Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk
Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah
akan pelawaan Ibu makan malam bersama. Nur kata dia harus pergi segera,
tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali berjumpanya. Bukan niatnya
untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima Adam akan berada
di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur terharu
tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta
isterinya memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk
berjalan ke Masjidil Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala,
Adam kecewa tapi redha. Aidil melihat dan bersuara ke Nur kembali pada
Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis. Dia sebak akan segala
pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah kebahagiaan pada
Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang
isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung
dengan seorang gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke
hati Aidil.
Episode 16
Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan
berjalan menuju ke hotel yang sama tempat Aidil menginap. Sebaik
melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata dia bangga
punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam
kini kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan
dia percaya yang terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti
ibunya. Mata Aidil melirik kearah gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu
nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam dia tidak akan berbuat
demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh harapan..
Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga
pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna
dan mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat
Nur dia tidak akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya
hingga ke akhir hayat. Dia menamatkan suratnya dengan sebuah doa.
Episode 17
Setahun kemudian, Adam kini telah membuka
firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina
Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang sudah pulang ke
Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam
berhenti menulis email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca
surat-suratnya, tadi Nur kata dia membaca setiap satu daripadanya. Adam
menjemput Nur pulang ke kampung bersamanya untuk majlis pernikahan
Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam berterima kasih atas
pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka menghabiskan
malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini
malampertama mereka dalam erti kata sebenar.
Episode 18
Suasana masih riuh rendah dengan hilai
tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana
kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan
melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan
Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur
menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil
mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa
Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut Aidil, Aliya menerima dia
seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar tidak
kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya,
Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan
tersenyum. Majlis berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang
tetamu yang tak diundang...Katrina.
Episode 19
Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran
Katrina yang kini berhijab. Katrina menceritakan kisah hidupnya, selepas
dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta,
bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang
membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal
dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam
siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu
membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di
Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia
menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia
tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami.
Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan
semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.
Episode 20
Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu.
Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah.
Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil.
Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina,
tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing
isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata
Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup
bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan
rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka,
dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya.
Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini
Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan
dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat
rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.
Episode 21
Kata Aidil itu semua cerita lama tiada
lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih
belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus
renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur
memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh
bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi
terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya
terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah
menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam
dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih
sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..
Episode 22
Sarah semakin rancak meracuni fikiran
Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil dan Nur. Sarah kata
pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya. Dan
ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur
sebagai seorang adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu.
Tanpa pengetahuan mereka, Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka.
Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada mendengar perbualan itu. Sambung
Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan sangkanya dia akan
dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela berkorban
melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan
pergi juga. Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh
Nur bersama Adam, dan dia bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega
akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum sendiri.
Episode 23
Aidil mendapati Aliya telah pulang ke
rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah
berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya.
Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu memberikan
kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang tidak
belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil
terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri.
Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil
atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur
terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang pengganas, dan hotel Adam
telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma
Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk
keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan
ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan
dia diklasifikasikan sebagai hilang.
Episode 24
6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur
sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur, Adam menunggu Nur lama dan
Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal, kehilangan Adam
dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya
sedih, tanya kembali apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru.
Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin Aidil mahu mengahwininya.
Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya juga. Mereka
akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka
melihat keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam
telah pergi, sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan
itu. Aidil berkata dia tidak sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.
Episode 25
Aliya merapati Nur dan memberitahunya
yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur jika itu takdir mereka. Nur
menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap menjadi isteri
Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada Adam
segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam
dahulu. Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia
menitiskan air mata. Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email
di Mumbai. Adam kini bermisai dan berjambang. Soal temannya tidak mahu
pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama kali dalam hidupnya, dia mahu
berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia. Sarah yang melihat
kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup bersalah.
Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.
Episode 26
Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di
masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di
pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia
mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur.
Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi
menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen
keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang
lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan
ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur terbang di
tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang
keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut,
memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya.
Mereka berpelukan.
Nur Kasih DVD Extra
Content
Nur Kasih Bloopers
Perwatakan
Temuramah Pengarah
Temuramah Pelakon
Sumber : hotzmp3.blogspot.com & ikmalisme.blogspot.com