PUTRAJAYA -
Rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan semalam membuat
keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas
cecair (LPG).
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail
Sabri (gambar) berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan
harga tiga jenis bahan api itu setelah rasionalisasi subsidi
dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam.
"Keputusan
itu dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,''
katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini semalam.
Harga seliter RON95 sekarang ialah RM1.90 manakala diesel RM1.80 dan LPG RM1.90 seliter.
Beliau
berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi
subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga bahan api di
pasaran global.
Ditanya
adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan,
Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan perkara tersebut.
Sumber : episodbaru.blogspot
No comments:
Post a Comment