Menu Eden

Monday, June 13, 2011

Imam Muda Musim Ke 2




INFO

Setelah melahirkan 10 Imam Muda di musim pertama, Astro Oasis sebagai sebuah saluran gaya hidup famili Islam meneruskan tradisi mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti menerbitkan Imam Muda musim yang ke-2.

Imam Muda disiarkan setiap hari Jumaat jam 9.00malam. Buat pertama kalinya, Imam Muda - Mimbar akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 6.30 petang.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, wang tunai RM 30,000, sebuah kereta, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain. Kesemua hadiah yang bakal diterima oleh Juara Imam Muda bernilai lebih RM 350,000.

Pada musim kedua ini, Imam Muda sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Bank Islam selaku penaja utama dengan kerjasama Salamfon sebagai penaja rasmi telekomunikasi serta Radio Ikim selaku radio rasmi. Informasi terkini seperti maklumat lengkap Imam Muda musim kedua, berita-berita tentang aktiviti terkini, gambar dan video eksklusif dan menarik boleh didapati melalui laman web rasmi www.imammuda.com.my.

10 orang calon Imam Muda musim ke-2 ialah :

1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.
 DOWNLOAD LINK


LAGU TEMA

Mediafire  : Mp3 

LIRIK

 Mawi & Akhil Hayy - HambaMu Lirik


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

(korus)

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Sumber : kepalabergetar & khairil


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...